Monday, June 24, 2013

Kenapa Meninta(Menulis)


Bismillahirrahmanirrahim,
Puji-pujian hanya untuk Allah Azzawajalla, Kata-kata selamat buat baginda Muhammad SAW, para keluarga, dan sahabat yang  bersahabat. Allahummasollia'alamuhammad wa a'la alhi wasohbihi ajma'in.




Kewujudan alam akhirat diyakini oleh para Muslim dan Mukmin. Mereka berusaha beramal dengan sebanyak dan sebaik amalan. Sebagaimana disebut oleh Allah Taala di dalam surah al-Mulk :-

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." 

~Ayat : 2~

Perjalanan yag jauh dan memenatkan menuju akhirat menyebabkan sedikit yang berminat mengejarnya.

Dakwat Pekat cuba mencari jalan yang berbeza menuju amal baik dan banyak, ia banyak dilakukan manusia tetapi dalam keadaan yang berbeza. Dakwat pekat menjadikan tinta sebagai jalan kebajikan dan amal soleh untuk ke syurga nanti, disamping amalan-amalan wajib yang mesti dan dengan tautan aqidah secara benar.

Imam syafie juga pernah berkata :-

Tanganku akan hancur di dalam tanah,

Yang kekal hanya tulisanku di atas buku,

Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku,


Doakan keselamatan aku dari azab.

Dakwa Pekat dengan penuh harapan, dengan meninta ini dapat melapangkan masa di akhirat nanti.


~Dakwat Pekat meninta kerana Syurga~

No comments:

Post a Comment