Monday, June 17, 2013

~Muqaddimah Dakwat pekat~

Bertaubat

Hakikat manusia – Pelaku dosa

Apabila dinamakan manusia, itulah dua unsur yang bergabung, satu unsur daripada bumi dan satu unsur daripada langit. Unsur dari bumi itu adalah tanah kotor yang sentiasa menarik kearah kejahatan. Manakalan unsur dari langit merupakan ruh suci yang sentiasa menarik ke arah kebajikan dan kebaikan.
Lalu Allah SWT meletakkan akal terhadap dua unsur ini bagi memastikan manusia dapat melakukan perbandingan antara kebajikan dan kekejian. Ada kala akal kalah terhadap sifat tanah  yang sentiasa menarik melakukan maksiat, dan ada kala pula akal memenangi dalam melaksanakan kebajikan.
Dari itu Adam yang merupakan manusia ciptaan pertama Allah SWT, telah melakukan satu kesalahan. Dia manusia pertama, dia jugalah pelaku kesalahan yang pertama. Menunjukkan bahawa kesalahan dan dosa merupakan warisan yang tidak akan putus, bermula Nabi Adam sehingga berlakunya kiamat. Dan diantara faktornya juga disebabkan wujudnya syaitan yang suka menyesatkan.
Namun begitu, tidak sewajarnya manusia itu cenderung kapada mencontohi perilaku datuk nenek moyangnya dalam hal melakukan kesalahan  tetapi tidak mengikutinya dalam hal memohon keampunan Allah SWT. Sebagaimana mereka, Adam Alihissalam dan Hawa memohon keampunan dari Allah taala setelah melakukan kesalahan :

Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.
~al Araaf : 23~
Mereka bermunajat bersungguh-sungguh memohon keampunan dari Allah. Mereka merasakan telah melakukan satu kezaliman terhadap diri mereka sendiri. Bermunajat tanpa putus asa sehingga mendapat keampunan dari Allah SWT :-

Kemudian Adam menerima beberapa kalimatdari Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
~al Baqarah : 37~

Secara amnya sudah menjadi lumrah manusia meniru perbuatan datuk nenek moyang mereka. Tambahan pula mereka dijadikan oleh dua unsur yang sentiasa saling tarik menarik, ruh dari langit manarik kearah kesucian manakala tanah dari bumi pula menarik kepada kejahatan. Ruh  bersifat suci seperti malaikat dan tanah bersifat kotor dan jahat seperti syaitan.

Pelaku kejahatan yang berterusan akan menyebabkan mereka tergolong dalam golongan berketurunan syaitan. Namun untuk menyatakan nasab manusia adalah daripada malaikat dengan malakukan kebaikan semata-mata adalah amat mustahil kerana ia telah terkeluar dari kemampuan manusia. Hal ini kerana tanah tidak mampu suci sepenuhnya kerana ia telah bercampur dengan kejahatan sejak azali lagi.

~Dakwat Bertaubat~

No comments:

Post a Comment